• Isu Pemakai Menoa Dan Pulau Galau Mengambil Masa Untuk Diselesaikan

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+
    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada Khamis berkata, isu berkaitan Pemakai Menoa (PM) dan Pulau Galau (PG) sedang dalam perbincangan walaupun mengambil masa untuk mencapai keputusan.

    "Kerajaan memang dalam proses membincang perkara tersebut.

    "Saya sudah beri mandat kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang merupakan Pengerusi PM dan PG bagi membincang perkara tersebut bersama ketua kominiti terbabit," katanya dipetik Utusan Borneo

    Jelasnya, beri mereka masa secukupnya untuk membincang isu tersebut kerana perkara berkaitan perlu dibincang secara mendalam dan menyeluruh.

    "Jangan terlalu mendesak kerana ia perlu perbincangan teliti," ujarnya.

    Abang Jo berkata demikian bagi mengulas tindakan NGO seperti Pertubuhan Dayak Iban Sarawak (SADIA) dan Sarawak For Sarawakian (S4S) yang giat mempelawa rakyat negeri ini untuk bersama hadir ke himpunan protes di Tebingan Kuching pada 13 November nanti. - Sarawakiana
  • No Comment to " Isu Pemakai Menoa Dan Pulau Galau Mengambil Masa Untuk Diselesaikan "