• Isu Belot, Korea Utara Tukar Pengawal Sempadan

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+


    SEOUL – Korea Utara dipercayai menggantikan semua pengawal keselamatan di sempadan, berikutan insiden anggota tentera negara itu belot baru-baru ini, lapor gensi berita Korea Selatan Yonhap memetik sumber perisikan pada Khamis.

    Seorang askar Korea Utara cedera akibat ditembak oleh rakan sepasukannya pada 13 November ketika sedang menyeberangi sempadan negara yang dikawal ketat itu.

    Pertukaran tersebut dikatakan kerana gagal menghalang askar berkenaan daripada melarikan diri.

    “Berikutan itu, komander unit tentera yang bertanggungjawab dan pegawai kanan mungkin berdepan tindakan,” kata sumber.

    Korea Utara didapati jelas melanggar Perjanjian Gencatan Senjata 1953 sebanyak dua kali pada minggu lalu, apabila pengawal sempadannya cuba memburu tentera yang melarikan diri ke Korea Selatan.

    Empat pengawal sempadan Korea Utara memburu lelaki berkenaan yang cuba melarikan diri ke arah Selatan sehingga menlangkaui garisan pemisah ketenteraan. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Isu Belot, Korea Utara Tukar Pengawal Sempadan "