• Iran: Liga Arab adakan mesyuarat luar biasa

    Published: Monday, 13 November 2017
    A- A+
    KAHERAH 13 Nov. - Liga Arab akan mengadakan mesyuarat luar biasa Ahad ini atas permintaan Arab Saudi bagi membincangkan `pencabulan’ yang dilakukan Iran di rantau ini.

    Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyokong permintaan Arab Saudi yang turut disahkan oleh Djibouti, yang merupakan Pengerusi Liga Arab.

    Berdasarkan memorandum yang ditunjukkan oleh para diplomat kepada AFP, Arab Saudi memohon Liga Arab mengadakan mesyuarat itu ekoran pelancaran peluru berpandu Iran dari Yemen ke Riyadh tetapi berjaya dipintas oleh tentera udara Arab Saudi pada 4 November lalu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Iran: Liga Arab adakan mesyuarat luar biasa "