• Iran Benarkan Wanita Sertai Angkat Berat

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    LONDON: Atlet angkat berat wanita dari Iran akan dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa buat kali pertama, kata presiden persekutuan angkat berat negara itu, semalam.

    Pada masa sama, Arab Saudi juga mengesahkan akan memperkenalkan program baharu untuk atlet wanita mereka selepas enam tahun badan induk di negara itu membenarkan setiap atlet memakai tudung menyertai pertandingan.

    Iran salah satu negara yang unggul dalam acara angkat berat ketika atlet lelaki mereka sudah memenangi tujuh pingat emas Sukan Olimpik.

    Presiden Persekutuan Angkat Berat Iran, Ali Moradi berkata: "Kami sudah menubuhkan Jawatankuasa Persekutuan Angkat Berat Iran dan kami mempunyai atlet berbakat.

    "Mereka mempunyai kemampuan seperti atlet lelaki. Saya berharap dengan mengenakan pakaian atlet Muslim, mereka dapat menyertai kejohanan antarabangsa dalam tempoh terdekat," katanya.

    Pengarah Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa, Attila Adamfi berkata: "Ini perkembangan yang baik dan amat signifikan dengan Iran yang menyaksikan sukan angkat berat amat popular untuk atlet lelaki dan sebaliknya bagi wanita." - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Iran Benarkan Wanita Sertai Angkat Berat "