• Ikut Politik, Bukan Berpolitik

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+
    Politik bukan sesuatu yang asing lagi ketika dunia sudah mencapai ketemadunan tinggi. Politik yang membina sebuah negara dengan perlembagaan untuk menjaga kepentingan negara dan kesejahteraan rakyatnya.

    Era kini, berjayanya sebuah negara adalah hasil kejayaan rakyatnya yang bijak menyumbang kepada ekonomi negara. Keterlibatan rakyat yang aktif merebut peluang serta melaksanakan dasar kerajaan memberi peluang kepada rakyat meningkatkan ekonomi kehidupan.

    Kita boleh melihat kejayaan individu yang merupakan orang terkaya serta menjadi penyumbang ekonomi kepada negara. Asasnya mereka ini berusaha keras tanpa kenal erti putus asa.

    Resepi kejayaan mereka ialah mereka bijak menggunakan apa yang kerajaan sediakan. Mereka berusaha dapatkan maklumat dari agensi kerajaan dan tidak pernah berfikir modal sebagai pilihan pertama untuk sebuah kejayaan.

    Yang menariknya mereka lebih suka berangan dan bertindak serta mencipta motivasi untuk mencapai angan tersebut. Hal sedemikian merupakan cara mendisiplinkan diri dan mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri sehingga kejayaan dicapai.

    Ironinya mereka lebih memfokuskan dasar kerajaan yakni mengikuti perkembangan politik yang akan memberi input terbaik untuk mereka bertindak membina empayar perniagaan dan jarang mendengar mereka berpolitik bila mereka berusaha untuk mencipta kejayaan. Yang penting bagi mereka ialah ikut politik dan bukan berpolitik, barulah kejayaan akan tercapai.

    Subjects:

  • No Comment to " Ikut Politik, Bukan Berpolitik "