• Ibu Pejabat Apple Diserbu

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+


    PIHAK berkuasa Korea Selatan menyerbu pejabat Apple di Seoul ketika persiapan pelancaran model iPhone X sedang dilakukan.

    Metro.co.uk difahamkan penyiasat telah berkunjung kepada ibu pejabat syarikat itu awal minggu ini untuk bertanya mengenai amalan perniagaan mereka menjelang majlis perlancaran model terbaharu keluarannya pada Sabtu.

    Serbuan itu turut menimbulkan persoalan sama ada pihak berkuasa Korea Selatan cuba menghalang kejayaan model baharu itu yang habis dijual di seluruh dunia.

    Produk Apple amat popular di Korea Selatan yang merupakan negara pengeluar gergasi elektronik Samsung dan LG.

    iPhone X sudah habis dijual apabila ia dijual secara pra pesanan dan dijangka mendapat sambutan hangat apabila ia dijual pada Jumaat.

    Pada tahun lalu, Korea Selatan membuka siasatan dalam usaha untuk mengetahui sama ada Apple mendapat kontrak secara tidak adil dengan rangkaian telekomunikasi tempatan.

    Difahamkan serbuan terbaharu itu adalah sebahagian daripada siasatan yang sedang dijalankan. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Pejabat Apple Diserbu "