• Ibu Bapa Perlu Pantau Anak-Anak Ketika Bercuti

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+


    PORT DICKSON: Ibu bapa perlu memantau pergerakan dan aktiviti anak-anak ketika melancong di pantai peranginan di sini bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku terutamanya kes lemas.

    Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri Datuk Tun Hairudin Abu Bakar berkata beliau menyasarkan peningkatan kedatangan pengunjung yang luar biasa di pantai Port Dickson hingga hujung tahun ini berikutan menjelang musim cuti sekolah tidak lama lagi.

    "Hotel-hotel di Port Dickson juga sentiasa dipenuhi pengunjung lebih-lebih lagi banyak tarikan baharu telah diusahakan di bandar ini," katanya ketika ditemui Bernama selepas menyampaikan bantuan di Sekolah Kebangsaan Port Dickson (SKPD) di sini pada Jumaat.

    Antara tarikan baharu yang menjadi tumpuan termasuk Galeri Art Alive 3D, RumahTerbalik, Rumah Hantu, PD Wall Street Art serta pembukaan beberapa pusat beli-belah dan hotel.

    Sementara itu, mengulas mengenai tular kemunculan buaya di Pantai Port Dickson baru-baru ini, beliau berkata ia merupakan kejadian lama yang ditularkan kembali dalam laman sosial.

    "Berita itu tidak perlu dijadikan isu lagi kerana tiada kejadian sepertinya baru-baru ini...yang penting ibu bapa perlu menjaga keselamatan anak-anak mereka ketika bermandi-manda di pantai," katanya.

    Pada15 November lepas, beberapa gambar dan rakaman video menunjukkan kehadiran buaya yang didakwa dilihat di pantai Tanjong Gemok dan perairan Kuala Lukut tulardalam laman sosial Facebook.

    Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dilaporkan berkata tidak menerima laporan mengenai kehadiran reptilia itu di sekitar perairan pantai peranginan daerah berkenaan.

    Terdahulu, Tun Hairudin menyampaikan sumbangan kepada 50 murid sekolah SKPD bagi meringankan bebanan ibu bapa dalam persediaan persekolahan murid khususnya yang kurang berkemampuan.

    "Bantuansumbangan berupa beg sekolah, botolair minuman, alat tulis dan pensil warna ini merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan yang benar-benar susah," katanya.Turut hadir Guru Besar SKPD Maimunah Samek. -Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Ibu Bapa Perlu Pantau Anak-Anak Ketika Bercuti "