• Hospital Medan Tajaan Malaysia Beroperasi 1 Dis

    Published: Sunday, 5 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR — Hospital medan tajaan Malaysia bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh akan mula beroperasi selewat-lewatnya 1 Dis ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Beliau berkata setakat ini lokasi awal pembinaan hospital itu adalah kira-kira pada jarak 10 ke 15 minit daripada kem pelarian terdekat, namun lokasi sebenar akan ditentukan pasukan pemantau yang akan bertolak Selasa ini.

    “Ia di Chittagong namun dekat dengan Cox Bazar dan pada ketika ini saya diberitahu 10 ke 15 minit daripada kem pelarian tapi lokasi sebenar akan ditentukan pasukan pemantau. Selepas itu kita akan buat pengumuman penempatan yang sebenarnya daripada segi spesifik.

    “Kita punya pasukan hadapan akan lihat dengan lebih terperinci lagi, mungkin ada pelarasan tertentu yang kita akan buat, sebab kita nak utamakan kebersihan kalau tempat itu boleh sebabkan kesan kepada kebersihan saya beri kepada pakar-pakar kita untuk buat keputusan, ini bukan soal dasar, ini pengoperasian,” katanya kepada sidang media, di sini, hari ini.

    Beliau ditemui selepas melancarkan misi membina dan mengendalikan hospital medan bagi membantu pelarian Rohingya di Bangladesh dan meninjau latihan percubaan operasi hospital berkenaan yang diadakan di Hospital ATM Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Hospital Medan Tajaan Malaysia Beroperasi 1 Dis "