• Hishamuddin Berang Dengan Kontraktor Gagal Siapkan Projek Kementeriannya

    Published: Tuesday, 21 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Pertahan Datuk Seri Hishamuddin Hussein melahirkan rasa kecewa dengan kontraktor yang bersikap sambil lewa dalam menjalankan projek pembangunan di bawah Kementerian Pertahanan terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

    Beliau berkata, kontraktor yang bersikap sambil lewa akan berdepan tindakan tegas termasuk disenaraihitam.

    Kekecewaan itu diluahkan beliau selepas melihat sikap sambil lewa kontraktor dilantik menjadi punca kelewatan beberapa projek pembangunan yang dilaksanakan kementeriannya.

    Menurutnya, tiada kompromi dalam isu berkenaan kerana ia melibatkan kebajikan pegawai dan anggota tentera selain keluarga mereka serta golongan veteran.

    "Dalam konteks ini, semua pihak berkepentingan seperti kontraktor dan agensi berkaitan diingatkan agar melunaskan tanggungjawab diamanahkan, terutama membabitkan aspek kebajikan warga tentera, termasuk keluarga dan veteran.

    "Kita mahu memastikan segala inisiatif tersebut dapat dilaksanakan mengikut perancangan ditetapkan bagi kesejahteraan dan keselesaan warga tentera," katanya selepas melakukan lawatan mengejut ke Kem Penrissen, di sini hari ini.

    Mengulas mengenai lawatan mengejut tersebut, Hishamuddin berkata, ia merupakan inisiatif di bawah Jelajah Perkasa Perwira untuk meninjau perkembangan pembinaan kemudahan baharu dan menaiktaraf selain menilai aset ATM.

    Hishamuddin berkata, lawatan mengejut itu, yang juga inisiatif di bawah Jelajah Perkasa Perwira, eperti itu akan lebih kerap dilakukannya bagi meninjau perkembangan pembinaan kemudahan baharu dan menaiktaraf sedia ada, selain menilai kesiapsiagaan aset ATM.

    "Melalui lawatan seperti ini, kita mahu segala inisiatif dan projek-projek dirancang di seluruh negara dapat dilaksanakan mengikut perancangan ditetapkan," katanya

    Sebelum itu, beliau melihat sendiri status projek pembinaan Poliklinik Kem Penrissen yang didapati mengalami kelewatan kira-kira tiga ke empat bulan dari tempoh asal ditetapkan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Hishamuddin Berang Dengan Kontraktor Gagal Siapkan Projek Kementeriannya "