• Hilang Peruntukan Jika Pilih Pembangkang

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Peruntukan berjumlah RM6 juta setahun yang diagihkan kepada setiap konstituensi Parlimen Baram akan hilang jika rakyat memilih pembangkang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan turut diperuntukan RM5 juta dibawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

    "Dengan agihan RM3.5 juta setahun dibawah projek pembangunan kecil luar bandar (MRP) menjadikan jumlah keseluruhan yang dinikmati rakyat di Marudi RM8.5 juta setahun.

    "Ini tidak termasuk peruntukan yang telah diluluskan bagi pembinaan jambatan, jalan, Tebingan Marudi dan sebagainya," katanya.

    Jelasnya, jika rakyat memilih pembangkang, jalan tidak akan diperbaiki manakala bekalan elektrik tidak akan sampai kerana hakikatnya mereka tidak mampu membantu rakyat.

    "Ingatlah, kita mempunyai anak cucu dan generasi masa depan yang sepatutnya diwariskan dengan pembangunan yang bukan setahun dua.

    "Jangan gadai masa depan mereka," tegasnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Hilang Peruntukan Jika Pilih Pembangkang "