• Hidup Wanita Berakhir Berhampiran Pintu Rumah

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+

    Wanita rentung selepas rumah didiami tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran di Kampung Tambilaung, Kota Belud, hari ini.

    Mayat Arimah Sagi, 55, ditemui berhampiran pintu pada kebakaran yang dikatakan berlaku pada kira-kira 2 pagi.

    Kebakaran turut memusnahkan tiga motosikal milik keluarga terbabit.

    Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Rozlan Osman, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.09 pagi.

    Beliau berkata, susulan itu, satu jentera dengan kekuatan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

    “Rumah itu yang didiami tujuh sekeluarga berusia antara enam dan 74 tahun. Kami jumpa mayat rentung berhampiran pintu,” katanya.

    Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Katanya, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Hidup Wanita Berakhir Berhampiran Pintu Rumah "