• Hatrik Rooney demi Unsworth

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+


    LIVERPOOL: Wayne Rooney mendedikasikan kemenangan Everton ke atas West Ham United 4-0 kepada pemangku pengurus David Unsworth selepas meledak hatrik di depan bakal pengurus baru kelab, Sam Allardyce.

    Allardyce berada di bangku penonton di Goodison Park awal pagi tadi selepas Everton mengumumkan beliau sedang mengadakan perbincangan fasa terakhir untuk menggantikan Ronald Koeman sebagai pengurus tetap.

    Unsworth, jurulatih skuad Bawah 23 tahun Everton mengisi tempat Koeman yang dipecat bulan lalu dan biarpun beliau hanya menang dua daripada lapan perlawanan sepanjang kendaliannya, Rooney berkata beliau banyak membantu untuk mengemudi pasukan itu.

    "Saya pasti kami akan menikmati malam ini tetapi pertama sekali, kami harus berterima kasih kepada David Unsworth," kata Rooney.

    "Beliau datang pada saat yang sukar buat kelab ini. Beliau benar-benar pejuang Everton.

    "Saya berbangga dengannya kerana kami mendapat kemenangan ini, kerana ia kemenangan bermakna buat kelab, juga buat David Unsworth."

    Ia adalah hatrik pertama Rooney buat Everton dan ia disempurnakan menerusi sepakan tinggi melepasi bekas rakan sepasukan England, Joe Hart pada minit ke-66.

    Ditanya sama ada dia pernah menjaringkan gol lebih baik daripada itu, Rooney berkata: "Saya tidak fikir demikian.

    "Ia salah satu daripada jaringan terbaik pernah saya hasilkan. Saya melakukan tendangan terbaik dan menjadikannya hatrik pertama Everton, ternyata saya puas hati." - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hatrik Rooney demi Unsworth "