• Hasbi Dapat 'Lampu Hijau' Bertanding PRU14

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    Selesai sahaja Bajet 2018 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 27 Oktober lalu, tumpuan masyarakat sekarang adalah melibatkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Bercakap mengenai PRU14, ia bukan sahaja melibatkan tarikh pilihan raya tersebut tetapi turut merangkumi calon yang bakal diketengahkan Barisan Nasional (BN).

    Rakyat Sarawak juga tidak terkecuali bercakap mengenai perkara ini sehingga pelbagai andaian dan hujah dibuat terutama melibatkan calon bertanding.

    Ada yang mengatakan penyandang kerusi parlimen dikekalkan dan tidak kurang juga yang berkehendakan calon baharu serta lebih muda ditampilkan.

    Walaupun Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg masih belum menyatakan secara jelas dan terperinci calon yang akan diketengahkan BN di Sarawak namun terdapat bayangan calon yang akan dikekalkan.

    Terbaru, Abang Johari ketika berucap pada Majlis Pecah Tanah Jambatan Limbang 2 berkata, sokongan kepada Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah perlu untuk meneruskan pembangunan di Limbang.

    "Hasbi perlu terus menang bagi membolehkan projek pembangunan yang dicadangkan dapat dilaksanakan.

    "Saya terpaksa membawa buku apabila bertandang ke Limbang kerana tahu Hasbi akan meminta projek baharu yang sukar saya tolak," kata Abang Johari seperti dilaporkan Sarawakvoice.com.-Sarawakiana




    Subjects:

  • No Comment to " Hasbi Dapat 'Lampu Hijau' Bertanding PRU14 "