• Hariri kembali ke Lubnan

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+


    BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, kembali ke negaranya lewat semalam, menjelang Hari Kemerdekaan, selepas hampir tiga minggu peletakan jawatannya secara mengejut.

    Hariri berjanji akan pulang ke Lubnan bagi menyambut Hari Kemerdekaan negara itu yang ke 47, hari ini dan menjelaskan kedudukannya.

    Hariri meletak jawatan dalam ucapan menerusi televisyen, pada 4 November lalu dari Arab Saudi dan kekal di Riyadh semalam, dua minggu sebelum membuat lawatan singkat ke Abu Dhabi, Paris dan Kaherah.

    Pesawatnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut sejurus sebelum tengah malam, menurut kenyataan pejabatnya.

    Peletakan jawatan Hariri mengejutkan rakyat Lubnan, tetapi tempoh panjang beliau di Arab Saudi menjadi misteri kepada banyak pihak dan mencetuskan tuduhan beliau dijadikan tebusan di negara itu.

    Semalam, beliau mengunjungi Kaherah bagi bertemu Presiden Abdel Fattah al-Sisi, untuk mengucapkan terima kasih kerana menyokong Lubnan.

    Parti pimpinan Hariri, Future Movement menggesa penyokong berkumpul di kediamannya di pinggir Beirut, jam 1 tengah hari waktu tempatan. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hariri kembali ke Lubnan "