• Harga Minyak Tertinggi Dalam Dua Tahun

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    NEW YORK: Harga minyak ditutup lebih tinggi, mencatat kenaikan bulanan lebih lima peratus.

    Bagaimanapun, penganalisis berkata, sentimen bulis yang memacu harga minyak mentah Brent ke paras tertinggi dalam lebih dua tahun akan menggalakkan lagi pengeluar minyak di Amerika Syarikat (AS) untuk mengeksport dengan lebih banyak.

    Brent ditutup 47 cent atau 0.7 peratus lebih tinggi kepada AS$61.37, hampir paras tertinggi Julai 2015 yang dicapai awal minggu lalu, dan menokok 37 peratus daripada paras terendah 2017 yang dicatat pada Jun.

    West Texas Intermediate (WTI) menokok 23 cent atau 0.4 peratus kepada AS$54.38, masih lagi hampir paras tertinggi sejak Februari dan tertinggi dalam tempoh lebih dua tahun.

    Pedagang dan broker berkata, pelabur menyelaras kedudukan masing-masing selepas harga naik sekitar lima peratus pada Oktober.

    Bagi Oktober, Brent naik 6.7 peratus, manakala WTI menokok 5.2 peratus.

    Diskaun antara WTI berbanding Brent melebar kepada hampir AS$7, menjadikannya menarik untuk dieksport.

    Inventori minyak mentah susut 5.1 juta tong pada minggu berakhir 27 Oktober kepada 456.8 juta, berbanding penyusutan 1.8 juta tong yang diramalkan penganalisis.

    Data rasmi inventori AS akan dikeluarkan pada 1430 GMT hari ini. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Tertinggi Dalam Dua Tahun "