• Harga Minyak Meningkat

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    NEW YORK: Harga minyak meningkat disokong oleh jangkaan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara pengeluar lain akan meneruskan pengurangan bekalan pada minggu depan.

    Bagaimanapun, petunjuk bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) yang meningkat meletakkan harga di dalam tekanan.

    Penganalisis Tenaga Kanan Interfax Energy's Global Gas Analytics di London, Abhishek Kumar, berkata ketegangan politik di Asia Barat dan gambaran makro ekonomi yang merosot di Venezuela akan kekal menyokong harga minyak menjelang mesyuarat OPEC, bulan ini.

    "Bagaimanapun, pengeluaran yang masih tinggi secara konsisten di AS akan menjadi penghalang utama mengekang kenaikan harga minyak," katanya.

    Niaga hadapan Brent ditutup 35 cents atau 0.6 peratus kepada AS$62.57 setong manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) naik 41 cents, atau 0.7 peratus kepada AS$56.83 setong.

    American Petroleum Institute dijangka mengeluarkan datanya berhubung inventori AS pada hari ini.

    Sementara itu, data inventori rasmi dari kerajaan AS dijangka dikeluarkan esok. -Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Meningkat "