• Harga minyak dunia turun

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) turun hari ini, menyusut daripada paras tertinggi dua tahun disebabkan prospek peningkatan pengeluaran di AS.

    West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$58.65 satu tong pada 0252 GMT, turun 30 cent, atau 0.5 peratus, daripada penutup sebelum ini.

    West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$58.65 satu tong pada 0252 GMT, turun 30 cent, atau 0.5 peratus, daripada penutup sebelum ini.

    Harga penanda aras dagangan hadapan minyak mentah global Brent turun 13 cent, atau 0.2 peratus, kepada AS$63.73 satu tong.

    Pengeluaran minyak mentah AS meningkat 15 peratus sejak pertengahan 2016 kepada 9.66 juta tong sehari, tidak jauh daripada pengeluar utama Russia dan Arab Saudi.

    Peningkatan aktiviti penggerudian bagi pengeluaran baharu bermakna pengeluaran dijangka meningkat lagi, kata pedagang.

    Minggu lalu syarikat minyak AS menambah aktiviti penggerudian minyak buat pertama kali sejak Julai, kepada 747 pelantar minyak yang aktif, berikutan pengeluar tertarik kepada kenaikan harga. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak dunia turun "