• Harga Minyak Dunia Kekal Tinggi

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak kekal tinggi pada Khamis dipacu langkah pengurangan bekalan minyak minyak mentah oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan Russia.

    Bagaimanapun, peniaga berkata, kenaikan harga yang menyebabkan minyak mentah Brent meningkat kepada 40 peratus sejak Julai lalu mungkin akan berakhir susulan peningkatan bekalan minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan petunjuk bahawa permintaan semakin berkurang.

    Niaga hadapan Brent, penanda aras bagi harga minyak, berada AS$63.66 setong pada 0155 GMT, naik 17 cents atau 0.3 peratus daripada penutup terakhirnya.

    Namun ia kurang AS$1.00 daripada paras tinggi dua tahun AS$64.65 setong yang dicapai awal minggu ini.

    Minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) berada AS$56.92 setong, naik 11 cents atau 0.2 peratus.

    Sokongan utama adalah hasil daripada usaha OPEC dan Russia untuk mengurangkan bekalan minyak mentah bagi menyempitkan pasaran dan menaikkan harga.

    OPEC akan berbincang mengenai polisi pengeluaran pada mesyuarat yang diadakan 30 November ini serta dijangka melanjutkan tempoh pengurangan bekalan yang sepatutnya tamat pada Mac 2018. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Dunia Kekal Tinggi "