• Harga minyak cecah paras tertinggi

    Published: Monday, 6 November 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015 hari ini, susulan pasaran yang lebih ketat.

    Niaga hadapan Brent, penanda aras minyak mentah antarabangsa, mencapai AS$62.44 setong hari ini, paras tertingginya sejak Julai 2015.

    Brent meningkat AS$62.27 setong pada 0051 GMT naik 20 cents, atau 0.3 peratus sejak penutup terakhirnya dan 40 peratus di atas paras terendah Jun 2017.

    Minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) mencecah AS$56.00 setong pada sesi awal dagangan, paras tertinggi sejak Julai 2015, dan berada pada AS$55.83, meningkat 19 cents, atau 0.3 peratus sejak penutup terakhirnya.

    WTI berada suku di atas paras terendah 2017. Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman, mengukuhkan kuasanya menerusi gerakan pembersihan anti rasuah dengan menahan ahli kerabat diraja, menteri dan pelabur termasuk jutawan terkenal, Alwaleed Talal dan Ketua Pengawal Negara, Putera Miteb Abdullah.

    "Ini menyatukan proses pembaharuan yang sedang dijalankan, antara penyumbang kenaikan harga minyak," kata Ketua Strategi Pemasaran di Broker Niaga hadapan AxiTrader.

    Proses pembaharuan itu merangkumi perancangan untuk menyenarai syarikat minyak mentah gergasi, Saudi Aramco tahun depan, dan harga minyak yang lebih tinggi dilihat bermanfaat kepada permodalan pasaran syarikat yang disenaraikan di masa hadapan.

    Bagi asas minyak, peniaga berkata terdapat petunjuk berterusan bahawa keadaan pasaran akan lebih ketat. Syarikat tenaga Amerika Syarikat (AS) mengurangkan lapan pelantar minyak minggu lalu kepada 729, pengurangan terbesar sejak Mei 2016. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga minyak cecah paras tertinggi "