• Hamilton Terbabit Kemalangan

    Published: Sunday, 12 November 2017
    A- A+

    SAO PAULO: Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton terbabit kemalangan pada awal sesi kelayakan pertama perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Brazil di Litar Interlagos, sebentar tadi.

    Hamilton, 32, yang mengesahkan gelaran juara dunia keempat sepanjang kerjayanya ketika GP Mexico hujung bulan lalu, hilang kawalan ke atas jenteranya dan melanggar penghadang litar di selekoh keenam.

    Kemalangan itu menyaksikan bahagian kiri jenteranya rosak dan dia tersingkir daripada aksi kelayakan.

    Bagaimanapun, pemandu Britain itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Hamilton yang mendominasi sesi ujian bebas minggu ini akan bermula di petak belakang pada aksi perlumbaan esok. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hamilton Terbabit Kemalangan "