• Hamilton Disiasat Dakwaan Elak Cukai

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    LONDON: Satu dokumen percukaian pihak berkuasa Britain yang bocor mendedahkan juara dunia Formula Satu, Lewis Hamilton bakal disiasat atas kesalahan mengelak cukai dalam urusan pembelian jet peribadinya.

    Hamilton dilaporkan menerima STG3.3 juta (RM21 juta) hasil pulangan semula Cukai Nilai Tambah (VAT), pada 2013 selepas mengimport pesawat mewahnya ke Isle of Man.

    Juara dunia itu adalah seorang ahli sukan terkaya ketika ini dilaporkan membeli jet peribadi jenis Bombardier Challenger 605 - dengan harga STG16.5 juta (RM76 juta).

    Dia juga selalu memuat naik gambar ketika dalam penerbangannya peribadinya menerusi laman sosial.

    Mengikut peraturan cukai Kesatuan Eropah (EU), sesebuah syarikat atau pemilik persendirian mengimport sebuah kapal terbang, mereka perlu membayar 20 peratus cukai VAT yang hanya boleh dituntut semula jika untuk kegunaan perniagaan.

    Pendedahan ini dikeluarkan oleh Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

    Mereka mendakwa firma perakaunan, EY dan Appleby membantu Hamilton dan berpuluh-puluh pelanggan lain menubuhkan perniagaan yang berunsurkan pajakan bagi mendapatkan rebat VAT.

    Urusan yang dilakukan cukup terperinci dengan membabitkan individu yang menubuhkan entiti menyewa jet mereka sendiri dan ia mungkin melanggar peraturan Kesatuan Eropah, melarang sebarang bayaran balik dilakukan untuk kegunaan sendiri.

    EY memberitahu pihaknya langsung tidak melakukan perbincangan dengan pelanggan secara individu.

    "Nasihat kami, sama ada ia dirancang atau mematuhi ketetapan, ia adalah berdasarkan pengetahuan terhadap undang-undang membabitkan cukai dan sudah dilunaskan kepada pihak berkuasa," menurut satu kenyataan dikeluarkan.

    Bagaimanapun, tiada sebarang reaksi daripada Appleby. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hamilton Disiasat Dakwaan Elak Cukai "