• Hamas Serah Pos Llintasan Sempadan

    Published: Thursday, 2 November 2017
    A- A+

    RAFAH: Hamas menyerahkan kawalan sempadan Semenanjung Gaza dengan Mesir dan Israel kepada Pihak Berkuasa Palestin, hari ini dalam perkembangan yang dilihat sebagai ujian pertama kepada perjanjian penyatuan yang dipersetujui bulan lalu.

    Penyerahan itu menunjukkan pergerakan Islam terbabit komited dengan perjanjian yang bakal menyaksikan Hamas menyerahkan kawalan penuh ke atas Semenanjung Gaza dan menamatkan pertikaian selama 10 tahun dengan Fatah.

    Ia bukan saja menyerahkan kawalan sempadan malah turut memusnahkan pos kawalannya di sepanjang sempadan dengan Israel dengan meninggalkan satu pos kawalan yang dikendalikan Pihak Berkuasa Palestin.

    "Tiada kuning atau hijau. Semua rakyat Palestin di bawah satu bendera Palestin," kata salah seorang menteri Pihak Berkuasa Palestin, Mufeed al-Husayna merujuk kepada warga bendera parti politik yang memeterai perjanjian penyatuan bulan lalu.

    "Kami mula bertugas hari ini di bawah arahan Perdana Menteri Rami Hamdallah untuk menerima semua lintasan sempadan," kata Husayna dalam majlis penyerahan itu. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Hamas Serah Pos Llintasan Sempadan "