• Had Laju Kebangsaan Tidak Dinaikkan

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Had laju kebangsaan yang telah diwartakan iaitu 80 kilometer sejam (km/j) di jalan negeri, 90 km/j di jalan persekutuan dan 110 km/j di lebuh raya tidak akan dinaikkan.

    Menurut jawapan bertulis Kementerian Kerja Raya di Dewan Rakyat semalam, penentuan had laju sesuatu jalan telah diwartakan dengan mengambil kira reka bentuk, kapasiti aliran trafik dan tahap risiko kemalangan.

    "Walaupun terdapat lebuh raya yang direka untuk kelajuan melebihi 110 km/j, kadar had laju yang diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j," katanya menurut laporan Bernama.

    Kementerian menjelaskan bahawa tiada perbincangan di antara kementerian dengan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) berkaitan cadangan untuk menaikkan had laju lebuh raya di negara ini kepada 130 km/j.

    Tambah kementerian, penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuh raya adalah untuk menjaga keselamatan pengguna. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Had Laju Kebangsaan Tidak Dinaikkan "