• Guru Tak Perlu Ke Sekolah Ketika Musim Cuti

    Published: Sunday, 26 November 2017
    A- A+

    PADANG TERAP: Guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan.

    Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, menegaskan perkara itu sudah dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) sejak sekian lama.

    "Sejak sekian lama Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), yang menyatakan guru tidak perlu hadir ke sekolah pada musim cuti kecuali atas sebab rasmi seperti kursus atau peperiksaan sahaja, sudah diedarkan.

    "Saya difahamkan ada pihak yang mengabaikan perkara itu. Maka, kementerian akan menghantar surat pekeliling khas kepada semua pengarah pendidikan negeri mengenai perkara ini," katanya.

    Beliau berkata demikian bagi mengulas rungutan guru yang mendakwa diarah hadir ke sekolah bagi penugasan pejabat ketika cuti sekolah.

    Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, pentadbir sekolah perlu menggunakan kebijaksanaan dalam urusan persekolahan. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Guru Tak Perlu Ke Sekolah Ketika Musim Cuti "