• Gunung Agung: Rakyat Malaysia Terkandas Di Lombok Cemas!

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok.

    Menurut seorang rakyat Malaysia, Budi Utomo Radjikin, 40 tahun, beliau terpaksa berulang alik dari hotel penginapan di Senggigi ke lapangan terbang setiap hari bagi mendapatkan maklumat berhubung penerbangannya bersama keluarga.

    "Saya sepatutnya pulang ke tanahair pada Isnin tetapi dimaklumkan untuk datang kembali hari ini (Selasa).

    "Perjalanan agak lama, 45 minit untuk saya ke Lapangan Terbang Lombok dan mereka beritahu tidak pasti." jelas Budi yang dihubungi Astro AWANI di sini hari.

    "Saya akan kemabli semula ke lapangan terbang terbabit untuk melihat sekiranya terdapat wakil pihak berkaitan yang menguruskan rakyat Malaysia." tambahnya.

    Menurut Budi, Syarikat penerbangan telah berjanji untuk membayar semula kos penginapan sepanjang tempoh penangguhan penerbangannya.

    Kerajaan Indonesia pada Selasa memaklumkan penutupan kedua-dua lapangan terbang di Denpasar, Bali dan Lombok susulan asap tebal yang dikeluarkan Gunung Agung.

    Agensi Bencana Indonesia pada Isnin berkata, pihaknya menaikkan amaran tahap tertinggi iaitu empat ke atas gunung berapi, Gunung Agung di Bali dan mengarahkan penduduk yang berada dalam lingkungan 8 hingga 10 kilometer di sekeliling kawasan berkenaan supaya berpindah dengan segera.

    Penutupan yang dimulakan 7 pagi Isnin dan dijangka dibuka semula 7 pagi Selasa mengikut tahap keselamatan semasa. - Awani

    Subjects:

  • No Comment to " Gunung Agung: Rakyat Malaysia Terkandas Di Lombok Cemas! "