• Gunung Agung: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi

    Published: Monday, 27 November 2017
    A- A+

    JAKARTA: Agensi Bencana Indonesia berkata, pihaknya menaikkan amaran tahap tertinggi iaitu empat ke atas gunung berapi, Gunung Agung di Bali dan mengarahkan penduduk yang berada dalam lingkungan 8 hingga 10 kilometer di sekeliling kawasan berkenaan supaya berpindah dengan segera.

    "Debu dan letupan perlahan yang kadang-kadang dapat didengari pada jarak 12 kilometer dari puncak. Api dapat dilihat pada waktu malam yang menunjukkan kemungkinan letupan berlaku pada bila-bila masa," katanya dalam kenyataan.

    "Dengan jangkaan kemungkinan dan risiko bencana Pusat Gunung Berapi dan Pencegahan Bahaya Geologi (PVMBG) menaikkan amaran dari tiga kepada empat bermula jam 6 pagi pada waktu tempatan," katanya dalam satu kenyataan. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gunung Agung: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi "