• GST Kekal Enam Peratus

    Published: Thursday, 30 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) walaupun selepas PRU14.

    Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Othman Aziz berkata, kadar itu akan kekal enam peratus.

    Menurutnya, terdapat pihak tertentu mencadangkan supaya kerajaan mengkaji kadar sedia ada dan menaikkan cukai pengguna itu, namun kerajaan tidak berhasrat berbuat demikian.

    “Saya ingin menegaskan sekali lagi kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi kadar GST daripada enam peratus, walaupun selepas PRU14.

    “Mungkin sesetengah pihak yang mencadangkan (kenaikan) ada sebab tertentu. Tetapi buat masa ini, kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji, mahupun menaikkannya di masa depan,” katanya di Dewan Rakyat.

    Terdahulu, Wong Chen (DAP-Kelana Jaya) bertanya sama ada terdapat cadangan kepada kerajaan Malaysia daripada Bank Dunia yang mencadangkan supaya menaikkan kadar GST kepada tujuh peratus.

    - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " GST Kekal Enam Peratus "