• Graduan Diseru Rebut Peluang Dalam Ekonomi Baharu-Abg Jo

    Published: Wednesday, 8 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang johari Tun Openg menyeru agar graduan bersedia merebut peluang dalam ekonomi baharu.

    Katanya, dalam perkembangan cabaran di masa hadapan mereka harus mempersiapkan diri mereka dengan memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari sepanjang pengajian.

    Memetik laporan akhbar Utusan Borneo, beliau berkata kini sudah tiba masanya untuk bersama menyumbang kearah perkembangan teknologi masa kini sekaligus keluar dari kepompong sebagai pengguna terakhir.

    Abang Jo yang juga Pro Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berharap para graduan yang telah dihasilkan mempunyai semangat untuk bersaing serta sntiasa meningkatkan keupayaan diri dalam mengharungi cabaran dunia.

    Tambah beliau, persiapan bagi menghadapi revolusi keempat perlu dilaksanakan selepas fasa ketiga sebelumnya.

    “Revolusi yang dipacu teknologi inovasi terutama media digital bukan sahaja mengubah corak kehidupan malah mentransformasi aspek ekonomi, pentadbiran dan budaya dalam  masyarakat,” katanya seperti dilaporkan akhbar tesebut selepas Sidang Kedua Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-21 di DeTAR Putra dekat sini semalam.

    Oleh itu, amalan dan kaedah ekonomi lama tidak dapat dikekalkan dan berdasarkan peralihan kepada ekonomi digital nanti berfungsi bagi memastikan usaha transformasi ekonomi berada pada landasan yang betul.-Sarawakiana
  • No Comment to " Graduan Diseru Rebut Peluang Dalam Ekonomi Baharu-Abg Jo "