• Giliran Torres Berhijrah Ke Kelab Asia

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    Penyerang dari Sepanyol, Fernando Torres dilaporkan akan meninggalkan Atletico Madrid dan menerima tawaran lumayan daripada sebuah kelab dari Asia menurut laporan daripada akhbar sepanyol, Cadena SER.

    Penyerang yang berusia 33 tahun itu kembali ke Atletico Madrid pada tahun 2015 selepas dipinjamkan oleh kelab Italy, AC Milan. Bekas pemain Liverpool dan Chelsea ini mempunyai 49 penampilan dalam La Liga dan menjaringkan 14 gol setakat ini.

    Torres pernah membuat keputusan untuk meninggalkan Atletico Madrid pada perpindahan lepas tetapi beliau membatalkan hasrat itu kerana kelab masih belum mendapat penggantinya.

    Memandangkan Diego Costa akan menyertai Atletico Madrid pada bulan Januari depan, ia merupakan peluang terbaik untuk penyerang itu berhijrah mencari angin baru beraksi di benua lain.

    Akhbar dari UK, The Sun melaporkan Torres menerima tawaran daripada kelab liga super China selepas rakan sepasukannya di Atletico, Jackson Martinez telah menandatangani kontrak dengan pasukan Guangzhou Evergande dengan nilai perpindahan £31m.

    Apabila ditanya tentang prospek pasukan yang bakal disertai oleh Torres, ejen beliau, Jose Antonio Martin berkata, “Torres dapat tawaran yang akan menjadikan beliau sebagai pemain termahal dunia,” katanya kepada The Sun.

    Walaubagaimanapun, ejen Torres itu tidak akan mendedahkan nama pasukan itu dan percaya bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu turut telah menarik minat kelab dari Amerika yang beraksi dalam saingan Major League Soccer (MLS).

    Laporan dari China juga menyebut, Torres kemungkinan akan menjadi satu lagi pemain bintang yang beraksi dalam Liga Super China musim depan bersama Jackson Martinez, Ramires dari Chelsea dan bekas pemain tengah Tottenham Hotspur, Paulinho.-Semuanya Bola

    Subjects:

  • No Comment to " Giliran Torres Berhijrah Ke Kelab Asia "