• Gempa Bumi 5.1 Magnitud Landa Hokkaido

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    TOKYO: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda pantai Hokkaido, di utara Jepun pada Jumaat namun tiada amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa dengan kedalaman 60 kilometer, melanda luar pesisir wilayah itu pada pukul 12.45 malam waktu tempatan di latitud 42.6 darjah utara dan langitud 143.8 darjah timur.

    Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda. -Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa Bumi 5.1 Magnitud Landa Hokkaido "