• Gempa 6.3 Magnitud Gegar Timur Indonesia

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    JAKARTA: Gempa bumi 6.3 magnitud melanda Indonesia timur hari ini, mengakibatkan beberapa bangunan rosak dan memaksa penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

    Gegaran melanda pada kedalaman 32.4 kilometer (km) dan pusat gempa terletak 32 km di barat Hila, pulau Ambon, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Tiada sebarang laporan kecederaan diterima dan tiada amaran tsunami dikeluarkan.

    "Ada laporan kerosakan diterima dan ia masih dipantau," kata Mochammad Riyadi, seorang pegawai di agensi kaji cuaca dan geofizik Indonesia, kepada AFP.

    Gempa bumi itu adalah satu daripada lima gegaran yang melanda wilayah Maluku dalam masa 30 minit, menurut agensi itu. Gegaran lain berada di bawah 6 magnitud.

    Disember lalu, gempa bumi yang melanda wilayah Aceh barat Indonesia, mengorbankan lebih daripada 100 orang, mencederakan sejumlah lagi dan menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Gempa 6.3 Magnitud Gegar Timur Indonesia "