• Gambar duit palsu hanya sedutan filem Abang Long Fadil 2

    Published: Friday, 3 November 2017
    A- A+

    KLANG - Polis menafikan dakwaan rampasan wang palsu dari negara China dalam sebuah kontena di Pelabuhan Klang seperti yang viral di laman sosial sejak semalam.

    Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebaliknya gambar itu ada gambar yang dimuat naik oleh individu melalui sedutan filem Abang Long Fadil 2 yang membuat pengambaran di sekitar pelabuhan itu sebelum ini.

    "Pihak kita telah membuat siasatan ke atas gambar-gambar yang diviralkan dilaman sosial itu dan kita dapati ia adalah gambar daripada sedutan filem Abang Long Fadil 2.

    "Pengambaran filem ini telah dilakukan beberapa hari lepas di sekitar kawasan Pelabuhan Klang dan beberapa anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan turut terlibat dalam penggambaran tersebut,"katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Gambar duit palsu hanya sedutan filem Abang Long Fadil 2 "