• Gajah 'Ong Bak' Bunuh Tuan

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    BANGKOK: Seekor gajah dianggap selebriti di Thailand kerana beberapa kali dipaparkan dalam filem serta iklan tempatan membunuh pemiliknya, kata pihak berkuasa zoo, semalam.

    Nahas itu berlaku di Chiang Mai, utara Thailand, sejurus selepas Somsak Riengngen membuka rantai gajah bernama Ekasit yang pernah membintangi filem popular termasuk Ong Bak lakonan Tony Jaa.

    Ekasit yang ketika itu tidak dikendalikan penjinak tiba-tiba mengundur sebelum menyerang Somsak, 54.

    Pemangku Pengarah Zoo Chiang Mai Wuthichai Muangman berkata: “Gajah itu tiba-tiba membelit mangsa dengan belalainya.”

    Katanya, gajah jantan berusia 32 tahun itu dalam keadaan ‘musth’ iaitu peningkatan aktiviti seksual dan tahap agresif disebabkan peningkatan testosteron menyebabkannya bertindak ganas.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Gajah 'Ong Bak' Bunuh Tuan "