• Firman dedah rahsia pakai cermin mata hitam

    Published: Tuesday, 28 November 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Penyanyi Indonesia, Firman, 39, mengakui ada sebab beliau memakai cermin mata hitam setiap kali mengadakan persembahan.

    Firman yang juga peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) berasakan matanya kurang menarik sehingga membuatkan beliau kurang keyakinan diri.

    "Sebenarnya, inilah imej saya sejak 2005, ketika awal pembabitan saya dalam industri muzik Indonesia.

    "Tidak tahu kenapa, saya kurang suka dengan mata saya. Mata saya ini terasa seperti memberikan reaksi wajah yang garang dan jahat.

    "Sedikit sebanyak ia mengganggu tumpuan saya kerana kurang keyakinan diri," katanya kepada BH Online.

    Sementara itu, Firman atau nama penuhnya Firman Siagian berkata, pembabitan beliau dalam GV4 memberi peluang besar untuknya memperkukuhkan karier seni dalam arena muzik tempatan.

    Katanya, setakat ini sudah ada syarikat rakaman yang melamar beliau untuk menguruskan kerjayanya di negara ini.

    "Alhamdulillah, GV4 ialah program besar dan saya tahu, ia memberi impak kepada karier nyanyian. Walaupun masih dalam pertandingan, saya sudah mendapat lamaran daripada beberapa syarikat rakaman.

    "Malah, syarikat rakaman di Indonesia juga turut melamar saya untuk menjadi artis naungan mereka.

    "Tak kisahlah mana-mana, janji saya mahu tampil dengan single baharu untuk pasaran Malaysia selepas ini," tuturnya.-BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Firman dedah rahsia pakai cermin mata hitam "