• Felcra Sepatutnya Bertindak Adil

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+

    Pembayaran dividen yang dikatakan tidak adil kepada peserta tanaman sawit Felcra di Sarawak sudah sekian lama menjadi isu sehingga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Sarawak berkali-kali mengusul perkara tersebut, bahkan setiap kali persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Di semenanjung peserta Felcra mendapat hampir RM2000 dividen tetapi peserta di Sarawak hanya menerima ratusan ringgit. Nampak jelas tidak adil dalam pembahagian dividen memandangkan peserta Felcra dari Sarawak sudah lama menjadi peserta tanaman Sawit Felcra.

    Selama ini peserta pernah mengusul masalah berkenaan kepada wakil rakyat kawasan dan pernah disuara keperingkat tertinggi kerajaan.

    Namun sehingga kini ia belum lagi diselesaikan dan peserta mula merasa kecewa ada yang ingin membuat keputusan untuk keluar menyertai Felcra. Hakikatnya peserta menjadi serbasalah dan mengharap pihak kerajaan campurtangan agar ada penyelesaian dalam isu berkenaan.

    Yang terbaru ADUN Jemoreng Dato' Dr Juanda Jaya mengusul ke DUN menyatakan Felcra tidak memberi respon positif terhadap tuntutan peserta yang menyertai Skim ladang kelapa sawit di kawasan beliau.

    Peserta hanya mahu Felcra bertindak adil terhadap tuntutan mereka agar peserta mampu membesarkan ladang serta mampu menjana pendapatan yang tinggi pada masa akan datang. - A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Felcra Sepatutnya Bertindak Adil "