• Fazzrudin Kini Ketua PBB Cawangan Tupong Selepas Menang Tanpa Bertanding

    Published: Sunday, 19 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong Fazzrudin abdul Rahman dipilih sebagai Ketua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N6 Tupong selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tiga Tahun Sekali PBB Cawangan N6 Tupong yang berlangsung di Dewan Hikmah hari ini.

    Mesyuarat tersebut turut menyaksikan Dr Zaeidi Suhaili yang merupakan timbalan ketua cawangan mengekalkan jawatan yang disandangnya selepas turut menang tanpa bertanding.

    Jawatan naib ketua cawangan pula menyaksikan Madhi Tomi meraih kemenangan dalam pertembungan tiga penjuru.

    Mesyuarat agung yang menyaksikan pemilihan kepimpinan bagi sesi 2017 hingga 2020 itu diselaraskan Menteri Muda Utiliti yang juga ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Fazzrudin Kini Ketua PBB Cawangan Tupong Selepas Menang Tanpa Bertanding "