• FAMA nafi harga ikan, sayur meningkat sehingga 300 peratus

    Published: Wednesday, 22 November 2017
    A- A+

    ALOR SETAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menafikan dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa berlaku kenaikan sehingga 300 peratus harga ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan berikutan musim hujan sejak kebelakangan ini.

    Pengerusinya, Tan Sri Badruddin Amiruldin, sebaliknya berkata, harga barangan keperluan tersebut hanya mengalami kenaikan 120 peratus ekoran masalah logistik dan stor simpanan bekalan makanan yang rosak akibat dimasuki air banjir.


    "Dari segi bekalan, ia bukan datang dari Pulau Pinang sahaja tetapi dari negeri lain seperti Perak dan Selangor, jadi tidak timbul isu harga naik sehingga 300 peratus.

    “Sekiranya benar sekali pun, ia hanya sementara,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Keusahawanan Peruncitan FAMA Zon Utara di sini, hari ini.

    Isnin lepas, Presiden CAP, S.M Mohamed Idris dalam satu kenyataan, berkata, harga barangan keperluan tersebut mengalami kenaikan sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu bermula 15 November lalu berikutan musim hujan sejak beberapa minggu kebelakangan ini. - Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " FAMA nafi harga ikan, sayur meningkat sehingga 300 peratus "