• Facebook Buang 99 Peratus Bahan Ganas

    Published: Wednesday, 29 November 2017
    A- A+

    BRUSSELS: Facebook bertindak membuang 99 peratus kandungan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh dan al-Qaeda sebelum diarah berbuat demikian.

    Tindakan itu dibuat sebagai persediaan syarikat itu untuk menghadiri mesyuarat bersama pihak berkuasa Eropah dalam usaha untuk menangani masalah bahan berunsur keganasan dalam talian.

    Ketua Pengurusan Dasar Global, Monika Bickert dan Ketua Dasar Anti-keganasan Facebook, Brian Fishman menerusi tulisan di dalam blog menjelaskan 83 peratus 'bahan berunsur ganas' sudah dibuang dalam tempoh satu jam selepas dimuat naik.

    "Hari ini, 99 peratus kandungan yang mempunyai kaitan dengan pengganas Daesh dan al-Qaeda dikeluarkan daripada Facebook sebaik saja ia dikesan pasukan kami dan dalam sesetengah kes sebelum ia disiarkan," tulis mereka.

    Tulisan dalam blog itu disiarkan seminggu sebelum Facebook dan syarikat media sosial lain seperti Alphabet Incoporated Google dan Twitter mengadakan pertemuan dengan kerajaan Kesatuan Eropah (EU) dan eksekutif EU.

    Pertemuan itu diadakan untuk membincangkan kaedah membuang kandungan bahan yang berunsur ganas dan kebencian dalam talian. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Facebook Buang 99 Peratus Bahan Ganas "