• Entulu Sedia Perjelas Isu PMPG Kepada Persekutuan

    Published: Wednesday, 1 November 2017
    A- A+

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun menawarkan diri untuk menerangkan lebih lanjut mengenai isu Hak Tanah Adat Bumiputera (NCR) iaitu 'Pemakai Menoa' dan 'Pulau Galau' kepada kerajaan persekutuan.

    Memetik laporan The Borneo Post, Entulu berkata walaupun perkara tersebut berada dibawah bidang kuasa kerajaan negeri namun sebagai pemimpin Dayak di Parlimen beliau merasakan persekutuan perlu tahu isu berkenaan dengan lebih jelas.

    Ini kerana disebabkan tindakan Presiden Parti Negara Dayak Sarawak (PBDS) Baru Cobbold John Lusoi yang mahu membawa sekurang-kurangnya 80 pemilik tanah NCR untuk mengadakan perhimpunan aman di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pada 7 Nov seperti dilaporkan oleh beberapa berita tempatan.

    "Saya bersedia membantu kerana kerajaan persekutuan mungkin perlu tahu isu NCR dengan lebih jelas. Jadi saya sedia menerangkannya sekiranya keperluan itu timbul," katanya.

    Sementara itu, Entulu berkata peruntukkan tahunan sebanyak RM30 juta daripada kerajaan persekutuan untuk Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi menjalankan ukuran perimeter terhadap tanah NCR adalah mencukupi.

    "Kami berharap peruntukan itu akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh Jabatan Tanah dan Ukur negeri, supaya lebih ramai pemilik tanah NCR memperoleh hak milik tanah mereka," katanya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Entulu Sedia Perjelas Isu PMPG Kepada Persekutuan "