• Elak HFMD, Rabies & Denggi Ketika Musim Cuti Sekolah

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+


    Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan kehidupan dalam persekitaran yang bersih dan sihat sepanjang tempoh cuti persekolahan yang bermula hari ini.

    Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing sepanjang masa cuti persekolahan ini amnya harus kepentingan mengekalkan tahap kebersihan diri dan persekitaran bagi mengurangkan risiko jangkitan penyakit.

    Menurutnya, kebersihan harus dititikberatkan agar penyakit terutamanya seperti penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD), Rabies dan Demam Denggi dapat dicegah.

    Jelas beliau dengan adanya pengesanan dan pencegahan di peringkat awal dapat menyelamatkan nyawa insan yang tersayang.

    Untuk maklumat lanjut mengenai pencegahan penyakit orang ramai boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), JKNS di talian hotline: 082-443248/082-441780, (emel: cprc_sarawak@moh.gov.my.-Sarawakiana
  • No Comment to " Elak HFMD, Rabies & Denggi Ketika Musim Cuti Sekolah "