• Ecclestone Anggap Kawalan Bajet F1 Akan Gagal

    Published: Tuesday, 7 November 2017
    A- A+

    LONDON: Bekas supremo Formula 1, Bernie Ecclestone percaya sebarang usaha untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif dengan menghadkan bajet pasti akan menemui kegagalan kerana semua pasukan besar akan sentiasa cari jalan untuk kekal berada di atas.

    Ketika pemilik perlumbaan, Liberty Media dan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) bercadang mengenakan kawalan kos terhadap pasukan, Ecclestone turut mengingatkan betapa ugutan Ferrari untuk menarik diri selepas tahun 2020 perlu diambil serius.

    Ecclestone nyata masih ragu dengan hasil yang bakal diperoleh sekiranya cadangan itu dilaksanakan.

    "Bagi orang yang berada di lapangan ini, jika had bajet dilaksanakan, ia mungkin tidak akan menjadikan lebih baik berbanding sekarang," katanya.

    "Sekatan macam mana sekali pun dikenakan terhadap Mercedes, Ferrari dan Red Bull, ia tidak akan memberikan sebarang perbezaan. Mereka akan buat lebih baik dan cari jalan untuk berbelanja.

    "Jika kita bercakap mengenai realiti, ia tidak akan jadi kenyataan."

    Minggu lalu, Pengerusi Ferrari, Sergio Marchionne beri amaran yang pasukannya akan menarik diri selepas tahun 2020, sejurus kontrak berakhir, sekiranya masih tidak bersetuju dengan hala tuju sukan itu.

    "Jika tidak ada sebarang perubahan, saya tidak mahu beraksi lagi," katanya. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Ecclestone Anggap Kawalan Bajet F1 Akan Gagal "