• Duterte Tamatkan Rundingan Damai Dengan Komunis

    Published: Friday, 24 November 2017
    A- A+

    MANILA: Presiden Rodrigo Duterte sekali lagi menamatkan rundingan damai dengan komunis ketika permusuhan berterusan walaupun perbincangan diadakan, kata jurucakapnya hari ini.

    Menamatkan konflik hampir separuh abad yang sudah meragut lebih 40,000 nyawa, adalah antara keutamaan Duterte sejak mengambil alih jawatan Jun tahun lalu.

    "Malangnya, kami mendapati anggota mereka gagal menunjukkan keikhlasan dan komitmen dalam meneruskan rundingan damai yang bermakna.

    "Presiden, seperti kita tahun, mahu meninggalkan legasi keamanan di bawah pemerintahannya. Malah, berusalah lebih untuk t ujuan itu," kata jurucakap presiden, Harry Roque, dalam kenyataan lewat semalam.

    Duterte menandatangani perisytiharan menamatkan rundingan damai anjuran Norway itu semalam.

    Mei lalu, perunding damai kerajaan membatalkan pusingan baru rundingan rasmi dengan komunis di Belanda apabila gerila meningkatkan serangan di pinggir negara itu.

    Pasukan revolusi kini tiada pilihan kecuali meningkatkan perang gerila di kawasan pedalaman, kata ketua perunding politik Barisan Demokratik Kebangsaan Filipina (NDF), Jose Maria Sison, dalam kenyataan.

    NDF, sayap politik komunis Filipina, berkata ia kesan dengan pembatalan rundingan yang penting kepada pembaharuan sosial dan politik. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Duterte Tamatkan Rundingan Damai Dengan Komunis "