• Durian Malaysia Jadi 'Fenomena' Di China

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+
    KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) -- Durian Malaysia terutama 'Musang King' mendapat sambutan luar biasa di China apabila lebih 150,000 rakyat negara itu mengunjungi Festival Durian Malaysia 2017 (MDF2017) di Nanning, baru-baru ini untuk menikmati keenakan durian Malaysia, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

    Beliau berkata sungguhpun eksport 'raja buah' itu ke China masih lagi kecil, ia menunjukkan potensi yang besar dan boleh dijadikan sumber kekayaan baharu negara.

    "Penganjuran festival durian di Nanning baru-baru ini berjaya menarik lebih 150,000 pengunjung yang datang semata-mata untuk merasa seulas durian kita dan ia dianggap suatu fenomena.

    "Namun, pengeksportan durian ke China masih lagi di peringkat yang rendah. Kalau dilihat paten eksport ke China pada 2015 adalah sekitar RM23 juta berbanding RM18 juta pada tahun lepas, ia adalah kecil berbanding keseluruhan jumlah eksportsekitar RM74 juta," katanya pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

    Beliau menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mengenai status terkini pengeksportan durian ke negara China dan kesan kepada industri serta pekebun durian tempatan. -- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Durian Malaysia Jadi 'Fenomena' Di China "