• #DUNSarawak: Zon Dagangan Bebas Digital Bakal Direalisasikan Di Sarawak

    Published: Thursday, 16 November 2017
    A- A+
    KUCHING: Sarawak merancang mewujudkan Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ) dalam mengurangkan tempoh penerimaan dan kos penghantaran barang dalam negeri ini.

    Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, usaha tersebut juga sebagai langkah untuk memeuni keperluan Sarawak bagi memanfaatkan industri perniagaan e-Dagang dan potensinya.

    "Ia (DFTZ) akan dilengkapi peralatan teknologi moden, pegawai berkelayan dari agensi berkaitan.

    "Ini bagi memastikan DFTZ menyediakan perkhidmatan terbaik dan membolehkan Sarawak menjadi hab e-Dagang wilayah Borneo," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Kewujudan DFTZ juga menurutnya akan memudahkan transformasi eknomi digital dan membantu mencapai visi Sarawak menjadi negeri maju menjelang 2030.

    Pada masa sama beliau menjelaskan, golongan belia negeri ini juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran sewaharnya agar mereka dapat terlibat secara aktif dalam e-Dagang.

    "Kementerian saya menyokong penubuhan Hab Inovasi yang bertindak sebagai platform memupuk bakat perniagaan tempatan, sokongan usahawan dan penggiat inovasi di Sarawak," ujarnya.

    Menurut Wong lagi, kerajaan negeri juga berhasrat mewujudkan Pusat Kreativiti dan Inovasi e-Dagang di bandar besar Sarawak dalam tempoh dua tahun akan datang.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Zon Dagangan Bebas Digital Bakal Direalisasikan Di Sarawak "