• #DUNSarawak : Usahawan Perlu Fahami, Manfaat Platform E-Dagang

    Published: Tuesday, 14 November 2017
    A- A+


    KUCHING : Menteri Muda Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Mohd Naroden Majais menyeru usahawan luar bandar untuk terus memahami dan memanfaatkan platform e-dagang.

    Menurutnya, ini adalah selaras dengan inisiatif Ketua Menteri agar komuniti perniagaan di negeri ini berupaya meningkatkan lagi pengeluaran dan kualiti produk untuk mememenuhi permintaan pasaran yang lebih besar.

    “Untuk mendidik rakyat di kawasan luar bandar supaya memahami dan memanfaatkan platform e-dagang, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-dagang (MITeC) bersama-sama dengan kementerian pembangunan usahawan serta agensi-agensi lain akan mengadakan showcase ke kawasan luar bandar dari masa ke semasa.

    “Ia adalah untuk mengalakkan para usahawan termasuk usahawan luar bandar ke satu lagi tahap berurusan melalui teknologi digital,” katanya.

    Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan daripada Razaili Gapor (BN-Beting Maro) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini.

    Naroden berkata,  setakat ini, MITeC telah melaksanakan 5 bengel perniagaan secara online sehingga bulan Oktober tahun ini.

    “MITec juga dengan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Koperasi Belia Inovatof Sarawak (KOBIS) sedang melaksanakan Program e-Usahawan yang akan meliputi seluruh daerah di Sarawak dengan mensasarkan penyertaan seramai 3,000 usahawan,” ujarnya.

    Tambahnya, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pembangunan ekonomi Sarawak melalui inisiatif Ekonomi Digital melalui MITeC dan agensi-agensi berkaitan untuk terus melaksanakan program berkaitan dengan e-dagang di kawasan bandar dan luar bandar.

    “Justeru saya turut menyeru semua wakil rakyat dari kerajaan mahupun pembangkang untuk mula bercakap mengenai digital ekonomi, digital village kerana perniagaan adalah untuk semua dan tiada politik dalam perniagaan,” jelasnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Usahawan Perlu Fahami, Manfaat Platform E-Dagang "