• #DUNSarawak : Ubahsuai IPG Kampus Rajang Jadi Politeknik, Pusat Latihan Pertanian

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    KUCHING : Datuk Ding Kuong Hing (BN – Meradong) mencadangkan agar kerajaan negeri mengubahsuai Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Rajang menjadi politeknik atau Pusat Latihan Pertanian.

    Ding berkata, ini berikutan IPG Kampus Rajang yang telah menghentikan pengambilan pelajar baharu dan ditutup serta merta.

    “Sungguh menyedihkan bahawa perjuangan untuk menentang penutupan IPG Kampus Rajang telah berakhir dengan kekalahan,"

    “Oleh itu saya mencadangkan sebuah institut latihan ditubuhkan agar kampus yang begitu kaya dalam sejarah pendidikan tidak akan berubah menjadi kampus yang ditinggalkan,” katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan Perbahasan Belanjawan 2018 pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal ke-18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 2017 hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Ubahsuai IPG Kampus Rajang Jadi Politeknik, Pusat Latihan Pertanian "