• #DUNSarawak: Tiada Rancangan Bina Jejambat Di Sibu

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri tidak merancang untuk membina jejambat di kawasan Daerah Perniagaan Sibu (CDB) dalam masa terdekat.

    Bagaimanapun Menteri Muda Pengangkutan Datuk Jerip Susil berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenalpasti tujuh lokasi kesesakan atau persimpangan di Bandar Sibu untuk ditambahbaik.

    "Kajian trafik akan dijalankan dan keputusan digunakan untuk merangka pelan menambahbaik trafik di kawasan sesak selain merangka kos untuk kerja penambahbaikan," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Irene Mary (DAP-Bukit Assek) mengenai rancangan kerajaan untuk membina jejambat di Sibu.

    Menurutnya, beberapa cadangan meningkatkan masalah kesesakan trafik di kawasan tersebut dipertimbangkan pelaksanaannya dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Tiada Rancangan Bina Jejambat Di Sibu "