• #DUNSarawak: Tiada Rancangan Bina Tandas Awam Di Stapang, Selangau

    Published: Thursday, 9 November 2017
    A- A+

    KUCHING: Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) tidak mempunyai rancangan membina tandas awam baharu di Stapang dan Selangau.

    Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, buat masa ini kemudahan tandas awam di kedua-dua pekan tersebut mencukupi menampung keperluan semasa.

    "Buat masa ini sudah terdapat sebuah tandas awam di Pekan Stapang dan tiga buah tandas awam di Pekan Selangau," katanya.

    Beliau berkata demikian ketika menjawap pertanyaan Christopher Gira (BN-Tamin) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

    Christopher bertanya rancangan kerajaan untuk membina tandas awan di Stapang dan Selangau.

    Menjawab pertanyaan Christopher mengenai Tebingan Sungai Mukah di Pekan Selangau, Penguang berkata, kawasan Tebingan Sungai Mukah yang dimaksudkan adalah merupakan tapak pasar tamu bagi penduduk setempat memasarkan hasil tani mereka.

    "Oleh itu, setakat ini SRDC tidak mempunyai perancangan untuk membina Tebingan Sungai Mukah di Pekan Selangau," ujarnya.-Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Tiada Rancangan Bina Tandas Awam Di Stapang, Selangau "