• #DUNSarawak: Telekomunikasi Kawasan Lingga Kurang Memuaskan

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+


    Liputan telekomunikasi dan internet di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga masih belum memuaskan, kata Simoi Peri (BN-Lingga).

    "Masih ada kawasan  yang tidak mendapat liputan internet dan ada kawasan yang mempunyai masalah internet yang terhad," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan belanjawan 2018.

    Katanya lagi, dalam usaha menjadikan rakyat Sarawak celik Digital Economi, pastinya memerlukan kemudahan kelengkapan yang baik dari segi pembinaan menara telekomunikasi dan membolehkan segala urusan yang menggunakan internet dapat diguna pakai. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak: Telekomunikasi Kawasan Lingga Kurang Memuaskan "