• #DUNSarawak : Sudah Lama Kompleks Sukan Bintangor Tidak Diselenggara

    Published: Friday, 10 November 2017
    A- A+

    Datuk Ding Kuong Hiing (BN-Meradong) memohon kerajaan negeri agar menaik taraf Kompleks Sukan Bintangor yang memerlukan beberapa penambahbaikan.

    Menurut beliau, kompleks sukan tersebut telah dibina kira-kira 20 tahun yang lalu dan masih belum pernah diubah suai dan dibaiki selain penyelenggaraan rutin selama bertahun-tahun.

    "Antara yang perlu dibaiki adalah permukaan trek larian yang terjejas teruk, padang bolasepak yang beralun, sistem perparitan, kemudahan tandas, pagar dan keadaan bilik VIP yang sempit perlu dinaik taraf.

    "Saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan dan meluluskan beberapa kerja-kerja pengubahsuaian utama yang akan dilaksanakan untuk Kompleks Sukan Bintangor dengan beberapa kerja penambahbaikan kecil sebagai langkah sementara," katanya.

    Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perbahasan belanjawan 2018 pada Mesyuarat Kedua bagi Penggal ke-18 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak 2017 hari ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " #DUNSarawak : Sudah Lama Kompleks Sukan Bintangor Tidak Diselenggara "